Menurut Wikipedia: Morhabshi (English: Myrrh) merupakan bahan resin berwarna merah keperangan, diambil daripada getah kering pokok Commiphora Myrrha. Tumbuhan ini juga tumbuh di negara Somalia dan bahagian timur Ethiopia. Bahan getah beberapa spesies Commiphora dan Balsamodendron lain turut dikenali sebagai Morhabshi (myrrh), termasuk dari C. erythraea (kadang kala dikenali sebagai Morhabshi India Timur (East Indian myrrh), C. opobalsamum dan Balsamodendronkua.
Sejarah Penggunaan resin Morhabshi:
Ensiklopedia tersebut juga mencatatkan resin Morhabshi telah terkenal sejak zaman Mesir kuno. Myrrh merupakan asas kepada minyak wangi dan incense,
dan
amat dihargai pada zaman kuno klasik. Nilainya dikatakan melebihi dari
emas yang sama berat dengannya. Pada zaman Rom Kuno,myrrh dinilai
lima
kali ganda berbanding frankincense, walaupun frankincence lebih popular
ketika itu.Myrrh dibakar pada pengkuburan Rom Kuno bagi
menutup
bau yang dihasilkan dari mayat hangus. Diceritakan bahawa Maharaja
Nero,iaitu Maharaja Rom telah membakar setahun nilai myrrh pada
pengkuburan isterinya yang bernama Poppaea.
|
Kajian Antarabangsa Terhadap Morhabshi
Oleh
kerana bahan ini begitu unik dan menakjubkan, banyak penyelidikan telah
dibuat ke atasnya. Antaranya, penyelidik telah memeriksa bahan
individual bagi formula yang digunakan secara tradisional di Kuwait bagi
mengurangkan glukos dalam darah bagi pesakit kencing manis. Hasilnya
mendapati myrrh & susu getah aloe berkesan meningkatkan ketahanan
glukos dalam tikus normal & tikus kencing manis.
Tindakan
mencampur getah myrrh bersama cuka pula mampu meningkatkan keupayaannya
menyingkirkan sekatan darah beku dan menghilangkan rasa sakit.
HUBUNGI PEMBORONG PUAN ZALIA 0138240177 |
Morhabshi dalam Perubatan Tradisional
Dipercayai
resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu
melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika
itu menguasai istana dan golongan bangsawan.
Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan
bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga
(bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu,
lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan
pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta
sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya. Campuran ini juga didapati
berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).
Bagi
yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak
kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah
menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat
perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.
Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.
Di situlah bermulanya Rahsia Minyak Morhabshi
Siapa Pengasas Minyak Herba Morhabshi?
|
Beliau adalah Ustaz Dr. (H) Haji Abdul Hamid Haji Ahmad, Pensyarah di Maahad Tarbiah Islamiyah Derang, Kedah.
Selain ulama dan pendakwah, beliau amat cenderung dalam praktik
perubatan alternatif meliputi kaedah perubatan Islam (doa & ayat
Al-Quran), perubatan Melayu tradisional, perubatan berasaskan herba,
dan kaedah perubatan homeopathy. Malah salah satu tugas beliau di
maahad tersebut ialah bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan di situ.
Almarhum
telah menghasilkan dua buah kitab perubatan Alternatif Homeopathy
mengandungi ramuan-ramuan berasaskan homeopathy berdasarkan praktis
beliau sebagai Doktor Homeopathy dan pengalaman bersama DR. Azizan (pengasas Era Edar)
dan salah satu daripadanya ialah kitab "Al-Tabib Walhikmah". Sebuah
lagi kitab (bertulisan Jawi) tidak ada dalam simpanan kami, justeru
kami tidak akan mengulasnya.
Kitab
"Al-Tabib Walhikmah" mengandungi petua-petua, ramuan-ramuan
perubatan, doa-doa, serta ayat-ayat Al-Quran sebagai kaedah alternatif
menyelesaikan masalah kehidupan. Kami tidak ada sebarang masalah
untuk berkongsi kitab tersebut dengan anda.
|
|
Rujukan
|
Al-Awadi
FM, Gumaa KA. Studies on the activity of individual plants of an
antidiabetic plant mixture. Acta Diabetol Lat. 1987
Jan-Mar;24(1):37-41.
Yeung, HC, Handbook of Chinese Herbs and Formulas, vol. 1, Institute of Chinese Medicine, Los Angeles, 1983. http://oneearthherbs.squarespace.com/important-herbs/myrrh-gum-commiphora-myrrha.html Alan Tillotson "Myrrh" Layari juga: www.morhabbshi.com , http://morhabshi.blogspot.com http://en.wikipedia.org (BI) , http://ms.wikipedia.org (BM) , Kitab Attibbi Walhikmah tulisan Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas ramuan morhabshi HUBUNGI PEMBORONG PUAN ZALIA 0138240177 |
No comments:
Post a Comment