Di akhir zaman ini yang serba maju ini masih ada golongan
yang menggunakan sihir yang telah wujud ribuan tahun sebelum ni. Jika ia
digunakan untuk kebaikan pasti tidak timbul masalah, tetapi bagaimana jika ia
digunakan untuk keburukan misalnya untuk memisahkan suami isteri yang bahagia
dan sebagainya. Mari kita sama-sama pelajari cara untuk mengelakkan sihir.
Pertamanya, perlu lebih berhati-hati dalam berjumpa,
mendapatkan dan percaya dengan dukun-dukun. Ini kerana Nabi SAW pernah
mengingatkan : “Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung (bagi
mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si
tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan
agama Nabi Muhammad SAW.“ ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la, Albani : Sohih,
Ghayatul Maram, no 285)
Kedua, bagi melindungi diri dari sihir, yang terbaik adalah
anda sentiasa menjaga solat lima waktu serta meningkatkan kualiti solat.
Membaca al-Quran dan zikir secara berterusan dan komited. Ini ternyata dari
firman Allah ertinya : “Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan)
terhadap hamba-hambaKu, kecuali (kamu punyai kuasa) ke atas mereka yang
mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat” ( Al-Hijr: 42)
Juga satu lagi firman Allah SWT ertinya : “Sesungguhnya
Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan
bertawakkal kepada Tuhannya” (An-Nahl : 99)
Sebelum saya menyebut beberapa ayat yang boleh di amalkan
bagi mengelak sihir, sesorang itu perlulah jelas beberapa fakta terlebih
dahulu:
1. Kewujudan sihir telah diiktiraf oleh Allah SWT di dalam
al-Quran dan boleh datang dalam pelbagai bentuk.
2. Sihir boleh termasuk dalam perkara yang membawa sesuatu
manfaat atau kejahatan . Ia berdasar firman Allah : “…Mereka mengamalkan apa
yang diajarkan oleh syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Padahal Sulaiman itu
bukanlah dari golongan orang yang ingkar. Mereka mengajarkan manusia ilmu
sihir, yang diturunkan kepada kedua malaikat di negeri Babel, iaitu Harut dan
Marut. Sedang keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang pun sebelum
mengatakan “sesungguhnya kami hanya cubaan dan janganlah kamu kufur dan
menyalah gunakan”. Tetapi manusia mempelajari dari keduanya dan digunakan
(mengikut ajaran syaitan) untuk mencerai beraikan suami isteri. Bahkan mereka
yang ingkar akan merasakan yang amalannya itu semata mata menyakitkan dan tidak
memanfaatkan mereka pun” (Al-Baqarah : 102)
3. Sihir tidak boleh berfungsi dan memberi sebarang kesan
kecuali dengan izin Allah SWT , ia dari firman Allah SWT : “..sesungguhnya
mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa keizinan Allah.” (Al-Baqarah
: 102)
4. Amaran Allah dan RasulNya bagi pengamal ilmu sihir :-
Erti firman Allah : “Oleh itu mereka akan ketahui dengan
sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir, tidak akan mendapatkan bahagian
yang baik di hari Akhirat kelak. (Al-BAqarah : 102)
Sabda Nabi SAW tentang dosa besar sihir :Ia berdasarkan
hadith Nabi SAW : Ertinya : “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh
tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan
(kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil)
“ ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak
sihir:
1. Membaca surah Al-Fatihah.
2. Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم :
إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل
شيء ( رواه أبو داود والترمذي
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah
Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq)
sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala
sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan
Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no
1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih
3. Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat
255)
من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه
من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النسائي
Ertinya : “Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali
selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga”
(Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih.
Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan
(guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min
at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890,
1/426)
4. Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali :
“Bismillahillazi La Yadhurru Ma’asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas
Sami’ul ‘Alim”.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((
ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : ” بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء
في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم “, ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) :
(رواه ابو داود والترمذي
Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : Tiada seorang hamba
pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : “Dengan nama Allah yang tiada
siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan
Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui” sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa
yang mampu memudaratkannya. (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413,
2/207)
5. Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada
waktu malam
من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة
كفتاه (رواه الشيخان
Ertinya : “Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir (ayat no 285
dan 286) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun
mencukupi baginya”(Al-Bukhari & Muslim)
6. Membaca zikir : “La ilaha illah wahdahu la syarikalah,
lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai’in Qodir “
(sepuluh kali)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من
قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل
شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب
الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات
. (الترمذي
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : “
Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala
kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia
maha berkuasa atas segala sesuatu” sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib,
nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu
melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya
sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan
darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan
membebaskan 10 hamba wanita islam.” (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no
3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)
7. Membaca : “A’uzubillah bikalimatillah at-Tammati min
syarrima Khalaq”
أما لو قلت حين أمسيت : (( أعوذ بكلمات
الله التامات من شر ما خلق )) , لم تضرك (رواه مسلم وأبو داود
Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu
berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna
dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan
memudaratkanmu. (Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib
lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225)
No comments:
Post a Comment