4 Feb 2013

Minyak morhabshi menjadi serbaguna

 Minyak morhabshi menjadi serbaguna



Benarkah minyak morhabshi boleh menyembuhkan pelbagai penyakit? 

Ia samalah dengan soalan bolehkah api daripada gas petronas membakar atau mampukah air mineral syarikat Y menghilangkan dahaga.

Dalam minyak morhabshi terdapat lebih 30 campuran herba yang setiap satunya mempunyai khasiat-khasiat tersendiri.

Menariknya, setiap herba itu mempunyai lebih daripada satu khasiat.

Resin myrrh iaitu nama lain bagi morhabshi telah dipercayai sejak zaman Mesir purba dan amat terkenal di zaman Rom sehingga ketika itu dinilai lebih mahal daripada emas!

Barangkali 'percaya' sahaja belum memadai di zaman teknologi maklumat ini. 

Justeru kita dapati semakin banyak kajian tentang khasiat myrhh dilakukan di seluruh dunia dan hasilnya telah disiarkan pada umum terutama melalui media internet.

Safron atau zaafaron pula telah terkenal di seluruh dunia sebagai herba ajaib yang meletakkannya sebagai herba termahal di dunia.

Saiyidina Ali KW menyatakan "orang yang mengamalkan safron dicampur madu mempunyai daya ingatan sehingga orang ramai menyangka ia mengamalkan sihir".

Terdapat banyak lagi khasiat safron termasuk mengawal tekanan darah dan mencantikkan kulit.

Turut menjadi pelengkap minyak morhabshi ialah lebih 30 campuran herba tempatan di samping minyak seperti zaitun dan bijan.

Raja Kayu, keduduk putih, bayam batu, lemuni, hempedu bumi,cekur dan sebagainya dapat menyembuh pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi. 

Campuran ini juga didapati dapat menghentikan pendarahan luaran dan dalaman di samping menjadi penawar gigitan haiwan dan serangga bisa.

Keunikan bahan-bahan asli tersebut beriring pula bacaan doa serta ayat-ayat Al-Quran yang menjadi amalan pengamal perubatan Islam sejak zaman Rasulullah dan berdasarkan hadis sohih.

Ia juga tercatat dalam kitab-kitab tersohor dan menjadi khazanah bernilai bagi tamadun-tamadun besar.

Semuanya terangkum dalam produk tunggal yang dikenali sebagai Minyak Morhabshi.

Kami adalah pewaris generasi kedua dan ketiga daripada pengasasnya iaitu almarhum Ustaz Dr (Homeopathy) Abdul Hamid Ahmad, pensyarah Maahad Derang Kedah.

Sebagai memenuhi piawaian dan kehendak awam, Minyak Morhabshi telah didaftar melalui Kemenerian Kesihatan Malaysia dan dikeluarkan melalui kilang bertaraf GMP.

Kami sedang mendapatkan taraf IMP dan persijilan Halal.

Insya-Allah, dengan asas yang mantap ini syarikat Morhabshi selaku pengeluar tunggal berdaftar melalui penubuhan anak syarikat iaitu Morha Marketing meletakkan azam dan iltizam yang tinggi bagi meletakkan Minyak Morhabshi di setiap rumah di Malaysia dan seterusnya menembusi pasaran antarabangsa.


HUBUNGI PUAN ZALAI: 0138240177

No comments:

Post a Comment